BERITA TENTANG SUKARELAWAN |
Sukarelawan
harus ikhlas, tidak mudah patah hati Semua 16,00 sukarelawan untuk menjayakan Sukan Komanwel XVI yang bermula secara rasmi hari ini diminta ikhlas dalam menjalankan tugas dan tidak harus mudah patah hati dengan pelbagai masalah yang dihadapi. Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata sebarang tindakan drastik dan melulu daruipada mereka sudah pasti akan menjejaskan kelancaran temasya paling berprestij yang pernah dianjurkan Malaysia. "Saya harap mnereka jangan mudah patah hati kerana untuk menguruskan sukarelawan seramai antara 16,000 hingga 20,000 orang bukan mudah". "Kalau semua 16,000 sukarelawan kata tidak mahu kerja, seluruh kejohanan ini akan musnah." "Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan semua orang mendapat layanan yang sama" , katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Bukit Jalil , semalam. Muhyiddin mengulas rasa tidak puas hati ramai sukarelawan terhadap layanan dan pembayaran elaun yang dikatakan tidak memadai. Sukarelawan seharuskanya menerima elaun harian RM25.00 untuk makanan dan RM10.00 bagi pengangkutan tetapi ada aduan elaun makanan mereka dipotong RM5.00 . Di samping itu, ada yang belum dibekalkan pakaian rasmi. Kesukaran mungkin timbul dari segi penginapan bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur dan tambang agak mahal bagi yang tinggal jauh dari Kompleks Sukan Bukit Jalil. Muhyiddin, sambil mengakui berlaku sedikit-sebanyak kelemahan, terutama dari segi pengurusan, bagaimanapun meminta semua pihak faham kerana dalam menganjurkan kejohanan sebesar seperti ini, beberapa kesilapan sememangnya sukar dielakkan. Sejak dari awal penyertaan sukarelawan, katanya mereka sudah diberitahu mengenai tanggungjawab dan pengorbanan yang diperlukan daripada mereka. Mereka adalah sukarela, kita amat menghargai sumbangan mereka. Walaupun menawarkan diri secara sukarela, mereka masih diberi kemudahan seperti elaun makan dan pengangkutan. "Tetapi mungkin bagi sesetengah pihak ia tidak mencukupi, bagaimanapun bagi kita itu adalah sumbangan kita." "Sejak awal kita sudah kata mereka mesti ikhlas jika hendak berkhidmat untuk Sukan Komanwel kerana ini adalah peluang seumur hidup.", katanya. Muhyiddin sekali lagi menegaskan pihak penganjur, Sukom Ninety Eight Berhad ( Sukom 98 ) tidak mengabaikan sukarelawan. Tetapi kena faham. Sukom bukan jaga satu atau dua orang sahaja tetapi 16,000 hingga 20,000 Itu belum termasuk 13,000 lagi tenaga sokongan dalam acara persembahan. Tugas ini memang beban berat, jadi kita harap kalau ada sedikit sebanyak kekurangan , mereka boleh bertolak-ansur dan cuba berbincang dengan penyelia sekiranya ada apa-apa masalah. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri dahulu, sukarelawan adalah dari kalangan rakyat Malaysia yang sanggup berkorban tenaga, masa, sanggup meninggalkan rumah untuk bekerja di sini. Kita amat hargai tetapi tidak mungkin kita dapat memenuhi cita rasa dan permintaan semua pihak. Berita Harian, 11 Sptember 1998. |
Terima Kasih
Pemandu Kepada Media Kalangan pemandu kenderaan raasmi KL 98 kelihatan lebih bersemangat dan sentiasa tersenyum bangga sambil membunyikan hon serta mengangkat tangan setiap kali bertemu wakil media. Kebanyakan mereka ternyata bangga dengan sut pakaian seragam berwarna cerah lembut yang diterima sejak tiga hari lalu. Mereka bertugas mulai 1 September sebelum ini mengadu kepada media kerana lambat dibekalkan pakaian seragam dan elaun. Hasil pendedahan media tempatan itu memaksa penganjur bertindak segera mengatasinya dengan mengagihkan dua pasang pakaian seragam khas dan elaun kepada para pemandu tersebut. Utusan Malaysia, 14 Sptember 1998. |
INFO 98 Kurang
Maklumat INF0 98 adalah antara kemudahan teknologi maklumat yang paling menjadi tumpuan sepanjang KL 98. Selain terlalu banyak maklumat semasa mengenai keputusan dan acara yang dipertandingkan tidak dimasukkan atau diprogramkan, beberapa maklumat umum seperti mengenai nama-nama negara dan atlet peserta juga tidak lengkap dan sebahagiannya tidak ada. Di Zon Antarabangsa terdapat kira-kira 10 buah skrin INFO 98 untuk kegunaan awam termasuk sebuah di pusat media. Bagaimanapun kesemuai 10 buah perkhidmatan INFO 98 tidak mempunyai maklumat lengkap lengkap mengenai setiap program yang dirakamkan. Rasanya kurang tepatlah fungsi INFO 98 sebagai penyalur maklumat terkini yang lengkap mengenai KL 98 sebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Utusan Malaysia, 16 Sptember 1998 |
Nadi 98
paling glamour di kalangan penonton Sukarelawan yang terbabit dengan Sukan komanwel XVI turut mendapat penghormatan, apabila 500 daripada 16,000 orang yang terbabit, menyetai upacara perbarisan di majlis penutup semalam. Kumpulan bergelar Nadi 98 itu nyata mendapat sambutan lebih meriah daripada 70 kontinjen yang memasuki padang. Terdapat lebih 16,000 rakyat menjadi sukarelawan bagi menjayakan sukan paling berprestij pernah dianjurkan Malaysia. Terdahulu ketika ditemui, Pengerusi SUKOM Ninety Eight Bhd ( Sukom 98), Jen (B) Tan Sri Hashim Mohd Ali, semua sukarelawan yang terbabit dengan Sukan Komanwel ini bercadang menubuhkan persatuan sendiri.. Ini adalah kali pertama Malaysia mempunyai kumpulan sukarelawan begitu besar dan mereka adalah penting, terutama apabila Malaysia bercadang menjadikan kejohanan lebih mencabar pada masa akan datang, katanya. Sementara itu kontinjen Malaysia yang disertai chef de missionnya Datuk Khalid Yunus, Hidayat Hamidon (angkap berat), Shalin Zulkifli ( tempin bowling) dan Wong Choon Han (badminton ) turut mendapat sambutan meriah kira-kira 100,000 penonton malam tadi. Berita Harian 22 Sptember 1998 |
Hashim mohon
maaf kepada Nadi 98 Pengerusi Eksekutif Sukom Ninety Eight Berhad ( Sukom 98) Jen (B) Tan Sri Hashim Mohd Ali , memohon maaf kepada sejumlah besar sukarelawan Nadi 98 yang tidak dibenarkan menyertai perarakan dalam upacara penutup, malam kelmarin. Hashim menjelaskan bahawa pihaknya memutuskan hanya 1000 sukarelawan boleh mengambil bahagian dalm perarakan itu berbanding 15,000 yang dipersetujui sebelumnya. Pada mulanya , kami bersetuju untuk membenarkan 15,000 sukarelawan untuk berarak dalam upaacara penutup tetapi kami mendapati ia akan mengambil masa yang agak lama serta ruang yang cukup besar. Sebagai contoh, ketika upacara pembukaan, Australia yang menghantar lebih 300 atlit dan berjalan dalam kedudukan 10 anggota setiap baris, memanjang hingga 100 meter. Bayangkan jika 15,000 sukarelawan. Dengan itu, kami memutuskan untuk membenarkan hanya 1000 sukarelawan daripada pelbagai jawatankuasa untuk berarak serta sudah memaklumkan kepada sukarelawan yang lain. Bagaimanapun, maklumat itu tidak dapat sampai kepada beberapa sukarelawan. Saya berasa sedih dan meminta maaaf atas insiden yang berlaku., kata Hashim dalam sidang akhbar di Pusat Akhbar Utama (MPC) , semalam. Beribu-ribu anggota Nadi 98 memprotes di luar pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin kerana tidak dibenarkan masuk untuk menyertai perarakan upacara penutup Sukan Komanwel. Ia membawa kepada insiden kurang menyenangkan apabila ada antara sukarelawan itu cuba juga untuk masuk ke stadium tetapi dihalang oleh anggota polis yang mententeramkan mereka. Saya tahu bagaimana perasan mereka, tetapi saya rasa mereka berjaya melaksanakan tugas dengan baik serta gembira menyertai temasya ini, kata Hashim. Berita Harian, 23 September 1998 |
50,000
diundang hadiri majlis Jamuan Perdana Kira-kira 50,000 orang dijangka hadir dalam majlis Jamuan Perdana pada 3 Oktober ini sebagai meraikan kejayaan negara menganjurkan temasya Kuala Lumpur 98 - Sukan Komanwel XVI dengan cemerlang. Antara mereka yang akan diraikan dalam majlis di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu ialah kontinjen Malaysia, pegawai, agensi kerajaan, penaja, anggota polis dan tentera. Jumlah terbesar menbabitkan 15,000 sukarelawan yang dikenali sebagai Nadi 98 akan turut diberi penghormatan di majlis berkenaan. Perdana Menteri bersetuju majlis penghargaan Januan Perdana diadakan untuk semua yang terbabit dalam penganjuran temasya ini yang akan diadakan di Stadium Nasional. Kita akan menjemput setiap seorang sukarelawan Nadi 98 ke majlis itu serta juga atlit, pegawai dan petugas agensi kerajaan. kata Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat akhbar Utama ( MPC) semalam. Malaysia mencapai kejayaan luar dugaan dengan meraih 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa untuk menduduki tempat keempat daripada 70 negara yang mengambil bahagian dalam temasya 11 hari itu yang berakhir malam kelmarin. Berita Harian, 23 September 1998 |
Jamuan Perdana 3 OktoberSATU Jamuan Perdana akan diadakan di Stadium Nasional 3 Oktober ini bagi meraikan semua pihak yang menyumbang khidmat sehingga menjadikan Sukan Komanwel XVI yang berakhir kelmarin antara yang terbaik dalam sejarahnya. Menteri Belia dan Sukan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada majlis itu semua atlit Malaysia yang berjaya meraih pingat pada Kuala Lumpur '98 akan menerima hadiah mereka berdasarkan skim galakan Majlis Sukan Negara (MSN). ''Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya majlis itu diadakan,'' katanya pada persidangan berita di Kuala Lumpur semalam. Muhyiddin berkata jamuan itu akan dihadiri kontinjen negara, sukarelawan serta anggota polis dan tentera. Sukan Komanwel XVI yang ditutup kelmarin oleh Ratu Elizabeth II, disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai paling hebat daripada segi penganjurannya. Ramai juga memuji kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Malaysia mencapai kejayaan luar dugaan dengan meraih 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa untuk menduduki tempat keempat daripada 70 negara yang mengambil bahagian. Muhyiddin berkata rakyat Malaysia patut berbangga kerana mampu mengendalikan dengan baik satu acara sukan yang besar. ''Ianya merupakan satu cabaran besar kepada negara dan kita membuktikan bahawa apa orang lain boleh buat, kita juga boleh buat. Kita telah melakukan sebaik mungkin,'' katanya. Menurut beliau semua aspek pengendalian sukan itu berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang menjadi lumrah pada kejohanan seperti Sukan Komanwel. Jen (B) Tan Sri Hashim Mohd Ali, pengerusi Sukom Ninety Eight Berhad, penganjur sukan itu, pula menyatakan penghargaannya kepada pihak media yang telah memberikan liputan menyeluruh kepada Kuala Lumpur '98. Utusan Malaysia 23 Sptember 1998 |