Jamuan Perdana berjalan lancar.Sukarelawan , petugas dan atlit telah diraikan dalam Jamuan Perdana di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu , 3 Sptember 1998. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yasin, lebih 2 juta dibelanjakan bagi Jamuan Perdana tersebut. Perdana Menteri dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan dan semua yang terlibat . Persembahan dan komitmen dari Soka Kogai sungguh mengkagumkan kerana pelawat asing tidak menyangka di sebalik 16 kad warna itu ada orang yang memainkan peranan. Makanan yang disediakan termasuklah sate kajang , nasi minyak, roti canai, buah epal dan limau, kuih bakar dan kek serta jelly. Air mineral , milo dan pepsi turut sediakan. Namun begitu tidak ramai sukarelawan yang hadir. Ini mungkin kerana sukarelawan tidak mendapat surat jemputan. Padahal Tan Sri Muhyiddin telah menegaskan mereka boleh datang dengan hanya membawa acreditation card semasa Sukan Komanwel tempoh hari. Kebanyakan yang datang dari sekitar Lembah Kelang. Ramai yang membawa balik makanan yang berlebihan terutama sekali roti canai dan jelly. Hidayat atlit paling lumayanHidayat dan Nurul Hudda di samping Proton Perdana kepunyaan mereka.
Selain RM130,000 daripada skim hadiah itu, 'orang besi' Mohd Hidayat turut mendapat kereta Proton Perdana bernilai RM70,000 berikutan angkatannya 167kg bagi acara clean & jerk kategori 69kg memecah rekod Sukan Komanwel. Turut menerima Proton Perdana ialah ratu menembak, Nurul Hudda Baharin, yang mencipta rekod baru acara air rifle wanita dengan catatan 494.8 mata. Mohd Hidayat dan Nurul Hudda adalah antara 60 atlit negara bagi acara individu dan berpasukan yang menyumbangkan sejumlah 36 pingat - 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa - daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Hidayat, yang memenangi pingat emas acara clean & jerk serta satu rekod baru Komanwel dan perak keseluruhan, sebelum ini turut menerima ganjaran daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Kejayaan Nurul Hudda turut tiada bandingan. Walaupun terbabit kecelakaan jalan raya hanya tiga minggu sebelum Sukan Komanwel yang menyebabkan tangan kanannya patah, ia tidak sedikitpun melunturkan semangatnya. Kecelakaan yang dialaminya bertukar menjadi tuah apabila dengan bantuan tangan 'bionik', Nurul Hudda berjaya membidik emas acara air rifle wanita serta mencipta rekod baru kejohanan dan ganjaran RM90,000 untuk mengiringi Proton Perdana yang menjadi miliknya. Kenny Ang, yang memenangi dua emas acara bowling individu dan beregu lelaki menerima antara ganjaran paling tinggi iaitu RM120,000. Wong Choon Hann, yang mengejutkan ramai pihak apabila memenangi pingat emas badminton perseorangan lelaki, turut menerima ganjaran besar iaitu RM95,000. Dia turut membantu pasukan negara memenangi emas berpasukan. Tiga atlit masing-masing menerima ganjaran RM80,000 iaitu Thye Chee Kiat, G Saravanan dan Sapok Biki. Chee Kiat, ratu gimrama menerima RM20,000 untuk emas berpasukan, RM40,000 (perak) bagi acara gelung dan RM20,000 untuk acara tali. Saravanan pula untuk emas acara 50km jalan kaki dan Sapok acara tinju 48kg. Kedua-duanya mencipta sejarah dengan memenangi emas pertama negara bagi acara masing-masing. Badminton, yang menyumbangkan tiga pingat emas dan empat perak, menerima hadiah terbanyak di bawah Skim Galakan Jurulatih (SGAR) dan Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (Sikap) berjumlah RM120,000. Manakala Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), yang menyumbangkan antara pingat terbanyak untuk kontinjen negara, menerima RM90,000 untuk kedua-dua skim SGAR dan Sikap. |
KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia
menganjurkan Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur '98 dengan
cemerlang, menutup mulut pengkritik asing mengenai
kemampuan negara untuk menguruskan temasya kedua paling
berprestij dunia dengan cemerlang, tegas Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad.
"Sebelum ini ramai yang berkata Malaysia tidak mungkin dapat menjayakan kejohanan sebesar ini. Malahan mereka berkata temasya itu mungkin terpaksa dipindah ke tempat lain, kerana tidak yakin Malaysia boleh menyiapkan semua kemudahan diperlukan. "Tetapi apabila sampai di sini, mereka (pengkritik) tidak dapat tidak terpaksa mengakui bahawa bukan sahaja kita berjaya menyediakan segala yang diperlukan, tetapi ia juga bertaraf dunia," katanya kepada kira-kira 15,000 atlit, sukarelawan Nadi 98, penaja dan semua yang terbabit menjayakan Sukan Komanwel pada 11 hingga 21 September lalu di Majlis Jamuan Makan Malam Perdana di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, malam tadi |