Volunteers Technologies Homepage
Stadium Nasional Bukit Jalil
KL 98 XVI Commonwealth Games

Pengenalan Ahli Fakta Emas Forum Soal selidik Pelawat
Kenangan Album Berita KL98 Link Email



Anda dialu-alukan memberikan biodata lengkap dan dijadikan homepage secara automatik dan dilink dengan homepage ini. Tekan sini.

Pengunjung laman ini jangan lupa sign buku pelawat. Sign anda amat bermakna bagi webmaster. Jangan lupa bookmark homepage ini.
Forum dibuka buat semua . Berikan pendapat, berita dan kritikan di dalam forum ini. Jangan lupa bookmark forum ini. Tajuk forum yang dicadangkan: " 16,000 sukarelawan akan membentuk persatuan, setujukah anda ".
Sukarelawan ada homepage sendiri dan mahu iklankannya. Sila email dekat sini.

30.10.98

Camping di Sungai Congkak : Shelley pada 28 -29 November sudah habis dibooking. Hari pejabat masih kosong . Hari minggu tinggal hanya 19-20 Disember 1998, itupun jika mahu buka puasa di dalam hutan he he he he he hi. Alternatif nya Sukida Resort di Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih. Ada yang RM 40, RM 100 dan 120.00. Hanya 200 meter dari Air Terjun Sungai Tekala. BBQ boleh dirundingkan . Bayaran memancing RM10.00 satu kepala. Setiap kepala ( orang ) boleh bawa seberapa pancing yang dia larat. Ikan yang berjaya ditangkap akan ditimbang dan jika berat 1 kg kena bayar RM5.00 .
Khemah ? : Khemah boleh disewa dari Sukida RM20.00 . Jika bawa khemah sendiri, sewa tapak RM10.00 . Tepi jalan, berhadapan dengan kampung orang asli.
Tempat lain : Teratak Tekala : RM 50.00 . Shelley atas air. Cantik tapi tersorok sikit. Bossnya Bakhtiar ,kawan baik , sama tempat kerja dulu, sekarang dah resign. Kartunis Ujang selalu datang ke sini.Berita selalu keluar dalam makar (majalah kelakar ) Lubuk dan Ujang. Masa aku survey, YB Badrul Hisham menginap di sini. 1 November 1998 ada pesta memancing. Bayar RM50.00 dan dapat Tshirt free.
Family Gathering berjaya diadakan di tepi kolam KLCC pada hari Ahad, 25 Okt 1998 Jam 9.30 - 2.00 . Masing-masing membawa keluarga termasuk 'maskot' Solleh yang berusia 45 hari. Antara yang hadir ialah Sakif, Aza, Azura, Malek, Mejar, Kamal, Bakar, Nara, Goh , Hafizah dll. Makanan stail potluck. Bakar bawa rendang kancil dari Bukit Ibam, Pahang. Cantiklah Bakar, lain kali bawa rusa....

Aza

Dearest all....pekabo?? sihat ker.. sayer miss ya' all ler..anyway, the reason i'm sending this mail is to tell ya' all that i'vejustreceive a letter from sukom hrd asking the athletic volunteers to pickup Sukomsouvenier bag on the 25th October 1998 from 10.30 am till 7.00 pm atthe MABAHouse, Jalan Hang Jebat, KL. You are required to come according to thistimeand date only and are also required to bring your accreditation cardalong..that's all folks!!LUV' YA' ALL...nih ikhlas nih, Aniza Amir da' cilipadi . (Gambar you tak ada .......)
Sukarelawan IT Stadium Nasional bercadang mengadakan perkhemahan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak pada 28-29 November 1998. Antara aktivitinya ialah jungle tracking, flying fox, mencari harta karun, mob disaster dll .........jika mahu. Shelley sedang diuruskan .Lelaki tidur dalam khemah. Kamal sanggup BBQ. 8 Nov 1998 ada meeting di rumah Solleh tentang perkembangan selanjutnya.Jam 4-5 petang. Alternatif kedua ialah Rumah penginapan Petronas di Teluk Kemang, Port Dickson . Kamal akan hubungi manager PD.
Satu mesyuarat telah diadakan di rumah En Kamal di Desa Serdang pada 10 Oktober 1998. Antara yang dibincangkan ialah aktiviti sukarelawan selepas CG98. Aktiviti yang dirancang ialah mengemaskini homepage ini, buku skrap , Family Gathering, Berkhemah di Sg Congkak dan melawat sukarelawan yang baru dapat baby .
Perak River Safari untuk aktiviti lasak 1999, amacam. Berakit / keno dari Kuala Kangsar hingga ke Kg Gajah, tidur rumah teman - Malek . Cari sponsor .... Kamal ada Petrenas , Solleh ada TR dan Nara ada Hng Leong . Bakar boleh contact JKR Perak . He heh he he ehe he Boleh mancing sekali. Lawat Kompleks Sejarah Pasir Salak . Kalau kena masa, boleh jamu nasi durian atau tempoyak. Best o o o o o o o.

Sukarelawan Pentas Rebana Ubi

Pengenalan ringkas
Hidup akan menjadi amat beerti sekiranya kita memberikan sumbangan dan sokongan kepada negara dan "sukarela" itu menjadi penawar kepada segala penyakit. Lantaran itu kesediaan 52,831 orang mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan SUKOM amat bermakna sekali . Daripada jumlah itu, seramai 16, 585 orang telah terpilih.

Kumpulan ini telah dinamakan 'Nadi of the Games" . Tanpa denyutan NADI maka Kuala Lumpur 98 Commonwealth Games tidak semeriah ini.

Sekelompok kecil daripada NADI ini ialah Sukarelawan IT dan RMS yang berpusat di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi membantu kerajaan menjayakan Sukan Komanwel ini. Ternyata kehadiran 170 Sukarelawan IT dan RMS ini cukup terasa. Sebagai Sukarelawan yang berkaitan dengan komputer dan pelbagai teknologi moden, Sukarelawan IT dan RMS amat berkait rapat dengan pihak SUKOM BERHAD dan CONTECH Sdn Bhd.

Kehadiran Sukarelawan ini terasa dari Bilik Teknologi, Timing, Bilik Keputusan, peralatan padang, Bilik Audio, kawasan media dan pemberita dan pengulas sukan. Tenaga sukarelawan amat diperlukan dan atas keperluan itu, kami para sukarelawan memberikan komitmen yang penuh.

Mejar Roslan bin Ahmad
Venue Technology Manager

BARISAN sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan Sukan Komanwel XVI turut diberi peluang mengikuti perbarisan pada upacara penutup gilang-gemilang di Stadium Nasional, semalam.

Edisi ke-16, episod terpuji

PENGERUSI Eksekutif Sukom Ninety Eight, Jen. (B) Tan Sri Hashim Mohd. Ali berkata, Malaysia berjaya memenuhi jangkaan dan janjinya untuk menganjurkan Sukan Komanwel terbaik dalam sejarah. ''Sukan Kuala Lumpur '98 sudah hampir berakhir dan saya gembira kami mampu memenuhi jangkaan dan menunaikan janji kami ... sukan terbaik dalam sejarah... dan kita semua melihatnya di Kuala Lumpur,'' katanya ketika berucap pada majlis penutup sukan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Hashim berkata kerajaan, rakyat Malaysia, beribu-ribu sukarelawan dan Sukom mempersembahkan ''Sukan Olimpik Komanwel'' bukan sahaja kepada Persekutuan Sukan Komanwel tetapi juga kepada dunia.

Malaysia, yang menewaskan Adelaide sebagai tuan rumah, meletakkan sukan itu di satu tempat tinggi yang diakui oleh persekutuan-persekutuan sukan antarabangsa sebagai acara penting dalam sukan dunia.

''Semasa sukan ini, lebih banyak rekod diperbaharui berbanding sukan-sukan Komanwel sebelum ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para atlet terbabit,'' kata bekas Panglima Angkatan Tentera itu.

Kira-kira 5,000 atlet dan pegawai dari 70 negara, yang terbesar dalam sejarah sukan itu, mengambil bahagian dalam temasya 10 hari itu.

Buat kali pertama, acara-acara berpasukan Ð kriket, ragbi, bola jaring dan hoki dipertandingkan dan ia satu kejayaan besar, kata Hashim. Hashim juga mengucapkan selamat berjaya kepada Manchester, tuan rumah 2002, dan ternanti-nanti Sukan Komanwel pertama dalam alaf akan datang.

Sementara itu, Kuala Lumpur '98 disifatkan sebagai ''sukan persahabatan yang sebenar'' dan akan sentiasa diingati kerana tahap pertandingan, semangat dan keakrabannya yang tinggi yang terbukti di kalangan atlet dan pegawai.

Pengerusi Persekutuan Sukan Komanwel Michael Fennell berkata: ''Malaysia menjanjikan kepada kami Sukan Komanwel yang terbaik pernah diadakan dan ia telah mengotakan janjinya.''

Fennell berkata Sukan Komanwel ke-16 telah meninggalkan banyak ''warisan'' yang boleh dimanfaatkan oleh negara-negara Komanwel untuk kebaikan sukan dan masyarakat.

''Satu warisan untuk rakyat Malaysia dengan sesetengah kemudahan terbaik sukan yang terdapat di dunia berada di sini bagi memenuhi keperluan sukan dan generasi akan datang,'' katanya.

Fennell berkata pengalaman Malaysia akan kekal bersemadi di sanubari setiap orang yang menyertai Sukan Komanwel di sini walaupun kini perhatian diberikan pula kepada tuan rumah berikutnya Ð Manchester City.

Pengerusi CGF itu juga mengucapkan terima kasih kepada orang perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan yang bertanggungjawab di atas kejayaan Sukan Kuala Lumpur '98, terutamanya kerajaan Malaysia di atas sokongan dan komitmen tidak berbelah bahagi demi kejayaan sukan yang akan memanfaatkan generasi akan datang.

''Kerajaan Malaysia memberikan sokongan padu kepada temasya ini dan memastikan semua jabatan dan agensi kerajaan memberikan keutamaan kepada Sukan Komanwel,'' kata Fennell.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Majlis Olimpik Malaysia di atas wawasan dan kesungguhannya mendapatkan hak penganjuran Sukan Komanwel dan kepada Sukom Ninety Eight Berhad di atas pertubuhan yang cemerlang.

''Para pegawai memastikan pertandingan-pertandingan dilaksanakan mengikut syarat dan peraturan persekutuan antarabangsa serta penuh keadilan kepada semua,'' katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan di atas sokongan mereka, kepada para atlet di atas penyertaan dan kecemerlangan mereka serta 70 negara Komanwel kerana mengambil bahagian dan menghasilkan kehadiran 100 peratus pada temasya sukan kedua terbesar itu.

 

 

 

Anda pelawat yang ke...

 

 

Buku Lawatan

Sign My Guestbook Guestbook by GuestWorld View My Guestbook