10 EMAS Sapok Biki |
BERITA
SENSASI SHALIN Zulkifli dan Lai Kin Ngoh perak |
LIMA daripada enam atlet (dari kiri) G. Saravanan, Kenny Ang, Wong Choon Hann, Nurul Huda Baharin dan Mohamad Hidayat yang memenangi pingat emas Sukan Komanwel XVI memegang cek bernilai RM2,000 pada majlis penyampaian Anugerah Atlet Terbaik John Hancock/Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Kuala Lumpur, semalam Habuan cemerlangSyarikat John Hancock Life Insurance nyediakan insentif berbentuk wang tunai atas kejayaan atlet negara pada pelbagai temasya termasuk Sukan SEA dan Sukan Olimpik sejak tahun 1995 telah memilih enam pemenang pingat emas untuk menerima ganjaran berdasarkan pencapaian cemerlang pada Sukan Komanwel. Enam atlet tersebut ialah-:
Pengerusi John Hancock Life Insurance, Tan Sri Yahya Abdul Wahab pada majlis itu turut memaklumkan mengenai dua lagi anugerah yang disediakan bagi atlet terbaik pada Sukan Asia di Bangkok, Disember ini. Pemilihan atlet ini oleh jawatankuasa khas iaitu :
Utusan Malaysia 3 Oktober 1998 |
Sapok Biki sekarang sarjanSELEPAS melakukan kejutan serta melakarkan sejarah gemilang dalam arena tinju tanah air kini Sapok Biki, pemenang pingat emas kategori light flyweight Sukan Komanwel XVI, melakukan satu lagi kejutan. Sapok yang sebelum ini hanya menyandang pangkat lans kopral di Rejimen 21 Artileri, Paroi Negeri Sembilan dinaikkan pangkat sebagai Kopral dua hari lalu ekoran kejayaannya pada temasya kedua terbesar di dunia itu selepas Sukan Olimpik. Dan semalam, dunia ketenteraan terus mengiktiraf kehebatan wira muda mereka yang baru kembali dari 'medan pertempuran' apabila beliau dinaikkan pangkat pula sebagai sarjan. Beliau mula diiktiraf sebagai pejuang sejati yang baru pulang dari medan perjuangan getir sambil membawa kemenangan oleh peminat sukan tanah air. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengumumkan pelantikan tersebut pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama atlet dan sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam Sukan Komanwel XVI di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur semalam. Selain dijanjikan ganjaran, mereka turut menerima sijil penghargaan dan plak dari Syed Hamid. Pada majlis itu juga, seramai sebelas anggota tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang terbabit dalam empat jenis sukan iaitu tinju, olahraga, menembak dan ragbi dalam temasya itu turut diraikan. Mereka termasuk pemenang dua pingat perak acara menembak Laskar Kanan 1, Mohd Emran Zakaria. ''Saya juga akan berlatih dengan lebih tekun untuk memastikan dapat mengekalkan tempat pada temasya yang sama di Manchester, empat tahun lagi,'' katanya. Oleh: AKMAR HISHAM MOKHLES .................................... Tinju tuju era gemilang
Bagaimanapun pada KL '98, empat peninju negara Rakib Ahmad, Adnan Yusoh, B. Muruguthevan dan Sapok Biki berjaya layak ke suku akhir. Malaysia membariskan tujuh peninju pada KL '98 dan kejayaan lebih separuh peninjunya memasuki suku akhir adalah satu kejayaan besar, yang menandakan bermulanya zaman kebangkitan sukan tinju negara. Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kejayaan negara memenangi pingat emas akan mencetuskan minat di kalangan remaja terhadap sukan tinju yang kini popular di kalangan tentera sahaja. ''Kejayaan negara diharapkan
mencetuskan minat generasi muda terhadap sukan tinju,
terutama di kalangan remaja kerana matlamat kita ialah
Sukan Olimpik 2000 di Sydney,'' katanya. Menurutnya lagi, negara telah mengadakan persiapan dan latihan selama empat tahun untuk KL '98. Isa berkata, kesemua peninju telah diberikan pendedahan kepada pertandingan di luar negara bagi meningkatkan kemahiran mereka. ''Dengan penyertaan lebih banyak peninju, persatuan akan mempunyai banyak pilihan,'' katanya. Pendapat Isa sama dengan jurulatih Kanada, Wayne Gordon, yang menyatakan penyertaan lebih banyak peninju akan memberi kelebihan kepada negara dalam memilih peninju yang benar- benar berpotensi. Berbeza dengan negara-negara seperti Thailand dan Kanada yang mempunyai ratusan kelab tinju, Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan untuk mencari bakat tinju kerana penyertaan masyarakat terlalu kurang. Sehubungan itu, langkah-langkah awal untuk mencari bakat tinju di peringkat sekolah menengah telah pun dimulakan di Negeri Sembilan dan Selangor, kata Isa. Beliau menolak tanggapan sukan tinju akan melahirkan 'kaki pukul' kerana menurutnya tinju ialah sukan yang mementingkan disiplin. Presiden PTAM itu menyatakan perjuangan para peninju negara tidak berakhir setakat KL '98 sahaja. Pengurus Projek Jaya '98 (tinju), Lt. Kol. (B) Jamaludin Samir berpendapat adalah lebib baik jika barisan peninju negara pada masa ini dikekalkan. |
|
Tiga emas terakhirBADMINTON menjadi penyumbang dua pingat emas terakhir negara pada Sukan Komanwel XVI dengan kemenangan pemain perseorangan, Wong Choon Hann dan pasangan beregu Choong Tan Fook-Lee Wan Wah menentang rakan senegara di perlawanan akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, semalam. Sebelum itu, Malaysia meraih sebutir pingat emas melalui G. Saravanan melalui acara 50 kilometer jalan kaki yang diadakan pagi semalam. Choon Hann yang disenaraikan Pemain lelaki termuda negara berusia 21 tahun itu tewas 15-10 pada set pertama, tetapi bangkit pada set kedua untuk mendahului 12-8 sebelum menang 15-12 memaksa perlawanan diteruskan ke set penentuan. Set ketiga menyaksikan Hock Kin yang merupakan pemain ketujuh dunia mula kehilangan fokus apabila ketinggalan 12-5 menyebabkannya melakukan beberapa kesilapan untuk membolehkan Choon Hann menang 15-6 dan sekali gus terlepas peluang meraih pingat emas untuk pulang membawa pingat perak. Dua pingat gangsa diperoleh oleh Gopi Chand Pullela dari India dan Darrent Hall dari England yang tewas pada pusingan separuh akhir, kelmarin. Dengan kemenangan itu, Choon Hann akan memperoleh habuan sebanyak RM100,000, RM80,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN), dan masing-masing RM10,000 daripada Sony Electronics dan Kurnia Insurance sementara Hock Kin mendapat RM40,000 daripada MSN. Dalam satu lagi perlawanan, Tan Fook-Wan Wah yang turut berdepan rakan sepasukan, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock beraksi cemerlang untuk menghapuskan pelbagai kritikan mengenai prestasi turun naik mereka. Tan Fook-Wan Wah menumpaskan beregu pilihan kedua itu, 15- 7, 15-4 dalam masa 40 minit untuk merangkul pingat emas sementara Soon Kit-Kim Hock tidak mempamerkan prestasi terbaik mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak. Pingat gangsa diraih oleh dua beregu England, Simon Archer-Chris Hunt dan Julian Robertson-Nathan Robertson yang tewas kepada pasangan negara di pusingan separuh akhir, kelmarin. Gandingan Tan Fook-Wan Wah akan berkongsi ganjaran RM100,000 yang bakal diterima atas kejayaan meraih pingat emas sementara RM40,000 untuk pemenang pingat perak. |
Emas di telapak kaki SaravananSEJARAH terpahat buat Malaysia mengukir
pingat emas yang pertama kali diraih dalam acara olahraga
dalam Sukan Komanwel apabila jaguh jarak jauh negara G.
Saravanan memenangi acara 50km jalan kaki di Titiwangsa
semalam. Ini adalah kejayaan yang paling membanggakan dan mungkin menjadi lipatan sejarah memandangkan sepanjang penyertaan di Sukan Komanwel, acara olahraga tidak pernah menyumbang sebarang pingat. Lebih manis kejayaan Saravanan diperoleh di hari terakhir KL '98 melengkapkan kutipan pingat emas kelapan. Malah tuah dan nasib jelas memihak kepada Saravanan untuk memenangi acara itu ketika pendahulu Craig Barrett dari New Zealand rebah kira-kira 1km menuju ke garisan penamat. Langkah Barrett mula nampak perlahan tidak bermaya ketika menuju ke garisan penamat. Dia jatuh buat pertama kali namun bangkit semula meneruskan jalan namun dia rebah balik. Biarpun cuba untuk bangkit untuk meneruskan perlumbaan namun dia tidak berupaya melakukannya hingga memaksa pegawai skuad Kiwi meminta dia diusung ke dalam ambulans. Insiden ini mengingatkan kembali yang menimpa ke atas atlet England, Jim Peter pada Sukan Komanwel di Vancouver 1954 apabila dia jatuh 200m ke garisan penamat. Kesempatan itu digunakan oleh Saravanan yang ketika itu berada di belakang Barrett, melangkah dengan bergaya sambil mendapat sokongan padu peminat di sepanjang laluan itu untuk dia memenangi acara 50km dengan masa 4 jam 10 minit 05 saat. Kemenangan sebenarnya sudah semakin pasti menjadi milik Barrett ketika itu dengan masa terbaiknya 20 minit di depan meninggalkan Saravanan. Pingat perak dan gangsa menjadi milik atlet Australia menerusi Duane Cousins dengan masa 4:10:30s dan Dominic McGrath 4:12:52s. Seorang lagi atlet negara K. Pushparajan menduduki tempat ketujuh dengan catatan 4:31:22s. Saravanan yang memenangi pingat emas dalam acara 50km jalan kaki Sukan Sea di Jakarta Oktober tahun lalu tidak menjangkakan akan menyumbang pingat untuk negara. ''Ini adalah kejayaan yang paling berharga buat saya dan khususnya buat rakyat Malaysia. Saya tidak menjangka akan menang ini adalah tuah untuk saya,'' ujarnya. Mengulas mengenai kejayaan itu menurut Saravanan, dia mengikut arahan demi arahan yang diberikan oleh jurulatih Wang Lin bagi mengekalkan langkahan konsisten. Katanya, dia sendiri tidak menyangka akan melakukan langkahan paling konsisten hingga ke garisan penamat. |
Kenny Ang dapat RM20,000
Sumbangan oleh syarikat insurans terkemuka, Kurnia Insurans (M) Berhad itu bertujuan menggalakkan lebih ramai lagi atlet Malaysia meraih pingat emas selain memajukan sukan negara. Ketua Pengarah Eksekutifnya, Adrian Loh berkata, sebagai warga korporat prihatin, sumbangan berkenaan sebagai tanda sokongan padu kepada kontinjen Malaysia. Beliau berkata, Kurnia yang merupakan penaja siaran langsung liputan KL '98 di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia itu, mahu melanjutkan sokongannya dengan menawarkan insentif RM10,000. Katanya, walaupun memaklumi pemenang pingat emas negara akan mendapat ganjaran daripada Majlis Sukan Negara, Kurnia merasakan pihaknya harus memainkan peranan dalam memberi dorongan kepada para atlet negara. ''Para atlet negara ini telah lama bekerja keras untuk mengecap kecemerlangan ini dan seharusnya wajar mendapat insentif itu, yang boleh juga mendorong lain-lain atlet untuk meraih kejayaan sama,'' katanya. Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian sumbangan pertama RM20,000 kepada jaguh boling negara, Kenny Ang yang meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki dan turut memenangi pingat emas kedua bersama Beng Heng dalam acara beregu. Selain itu, turut menerima sumbangan itu ialah pasukan badminton lelaki negara yang tidak dapat hadir berikutan masih menghadapi pertandingan hari ini. |
Gimrama
Kumpulan
Di mana ada Mahathir di situ terukir emasMALAYSIA cemerlang untuk melentur emas buat kali pertama dalam sejarah gimrama apabila memenangi acara berpasukan pada Sukan Komanwel XVI (KL '98) di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. Kejayaan bersejarah itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Datin Seri Dr. Siti Hasmah ternyata memberi kesan mendalam kepada perjuangan atlet negara. Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa apabila Dr. Mahathir mengunjungi sesuatu gelanggang, di situ negara menikmati kejayaan pingat emas. Sewaktu beliau menyaksikan pasukan badminton lelaki negara beraksi, usaha mereka berakhir dengan pingat emas. Di Langkawi, prestasi penembak harapan, Nurul Huda Baharin pada awalnya malap tetapi tiba-tiba mencipta sejarah dengan memperbaharui rekod raifal angin Sukan Komanwel. Dr. Mahathir ada juga di situ. Begitu juga sebelum pemain boling negara, Kenny Ang dan Ben Heng meraih emas beregu lelaki. Dr. Mahathir sudah terpaku di situ. Berlainan dengan boling, ramai tidak menduga akan timbul emas bagi aksi gimrama. Dr. Mahathir menyaksikannya dan kejayaan paling gemilang untuk skuad gimrama negara menjadi kenyataan di hadapan hampir 13,000 penonton. Ternyata gandingan Thye Chee Kiat, Carolyn Au-Yong, El Regina Tajudin dan Sarina Sundara Rajah mencipta sejarah tersendiri memberi hadiah paling gemilang kepada negara. Aksi profesional serta mantap oleh gimnas negara sekali gus meletakkan negara pasukan yang disegani pada masa hadapan. Kanada yang disebut sebagai pasukan pilihan, meraih perak dengan 92.962 mata. Australia yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2000 di Sydney pula memperoleh gangsa dengan catatan 92.937 mata selepas bersaing hebat dengan Kanada serta Malaysia. Malaysia paling berbangga apabila gimnas negara Chee Kiat yang berusia 16 tahun mempamerkan aksi paling hebat beraksi cemerlang dalam disiplin tali, gelung dan belantan. Chee Kiat memperoleh 9.475 mata dalam tali dan gelung manakala 9.500 mata dalam belantan manakala 9.200 mata untuk riben. Aksi bersahaja begitu membanggakan sekali gus memadamkan rekod terburuk skuad gimrama semasa Sukan Komanwel 1994 di Victoria, Kanada. Beliau mencatat markah tertinggi acara tali mengalahkan pencabar terdekat Erika-Leigh Stirton dari Kanada Ð 9.450 mata. Secara keseluruhannya, Malaysia mencatat markah tertinggi dalam dua acara pertama, tali dan gelung dengan 55.936 mata sambil diikuti oleh Australia 55.237 mata. Dua lagi gimnas negara Carolyn Au-Yong dan El Regina Tajudin turut cemerlang dengan masing-masing mencatat lebih daripada sembilan mata dalam acara tali dan gelung. Carolyn mencatat 9.262 mata (tali) dan
9.312 (gelung) manakala El Regina 9.062 (tali) serta
9.350 menerusi acara gelung. Selepas mendahalui pada dua disiplin pertama, kedudukan Malaysia mula digugat terutama oleh Kanada serta Australia termasuk beberapa kesilapan oleh gimnas negara. Sarina Sundara Rajah semasa membuat aksi belantan membuat dua kesilapan menyebabkan hanya diberi 8.787 mata. Carolyn turut melakukan kesilapan dalam acara riben menyebabkan kutipan mata agak berkurangan dengan 9.112 mata dan membolehkan kedudukan Malaysia dikejar. Gimnas negara, El Regina turut melakukan kesilapan dalam acara riben apabila gagal menyambut kemas riben serta melekat pada batang pemegang menyebabkan banyak markah dipotong. |
Mohamad
Hidayat cipta rekod baru
MUHAMAD Hidayat (kanan) bersama bapanya, Hamidon Arbi (tengah) menggigit pingat emas dan perak acara angkat berat KL '98 sambil diperhatikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen The Mines, Seri Kembangan, Kuala Lumpur semalam. Muhamad Hidayat bukan sekadar menang pingat emas malah mencipta rekod baru kejohanan dengan bebanan 167.5kg, mengatasi rekod lama 165kg yang dipegang oleh G. Vadivelu dari India. |
![]() PERDANA Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turut meraikan kejayaan pasukan badminton lelaki negara yang meraih pingat emas, semalam. Emas keduaPerdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turut meraikan kejayaan pasukan badminton lelaki negara meraih pingat emas melalui acara berpasukan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, semalam. Inilah pingat pingat emas kedua bagi Malaysia dalam Sukan Komanwel XVI. Pasukan lelaki negara menewaskan England 4-1 dalam perlawanan akhir. Pasukan wanita juga menyumbang pingat perak dengan menduduki tempat kedua walaupun menewaskan Australia 5-0. |
![]()
BARISAN pemain boling negara (dari kiri) Shalin Zulkifli, Ben Heng, Kenny Ng dan Lai Kin Ngoh gembira meraikan kejayaan memenangi pingat. Pasukan beregu lelaki memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Komanwel XVI. Shalin dan Kin Ngoh pula menang pingat perak. Kita rangkul emas pertama melalui bolingKUALA LUMPUR 13 Sept. - Malaysia mencapai kejayaan paling manis hari ini apabila mengutip satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada hari kedua temasya Sukan Komanwel XVI (KL '98). Paling membanggakan, pastinya menerusi acara boling apabila pasangan beregu lelaki negara, Kenny Ang dan Ben Heng memastikan pingat emas pertama Malaysia menjadi kenyataan. Dengan menjatuhkan 3,552 jatuhan pin, Malaysia sudah cukup kukuh untuk menewaskan pasangan dari Bermuda dan England yang dari awal memberikan tekanan dalam acara berlangsung di Pyramid Bowls, Sunway Pyramid itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang turut menyaksikan aksi menarik itu, memberi semangat kepada dua peserta boling negara itu. Dr. Mahathir berkata, beliau yakin atlet negara mampu merangkul lebih pingat emas pada temasya yang sedang berlangsung itu. Sambil memuji barisan pemain boling negara, beliau berharap, ''semangat boling yang mencipta emas pertama Malaysia hari ini mampu menyemarakkan semangat atlet negara mencapai kejayaan lebih cemerlang.'' ''Kita merasa bangga dan bersyukur kerana mendapat pingat emas pertama dalam tenpin boling. Kejayaan ini tidak dijangka tetapi kita berharap atlet negara akan berusaha lebih gigih lagi memungut pingat emas,'' kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan acara ragbi KL'98 yang disertai 18 pasukan di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya. Hadir sama ialah, isteri beliau, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Putera Edward dan Perdana Menteri Fiji, Jeneral Sitiveni Rabuka. Dr. Mahathir yang meluangkan masa di stadium tersebut selama dua jam turut menyaksikan perlawanan ragbi di antara Malaysia dan Kenya. Perlawanan itu dimenangi oleh Malaysia 19-5. Tengah hari ini, pasangan emas negara, Shalin Zulkifli dan Lai Kin Ngoh hanya sekadar berjaya menyumbangkan pingat perak dalam acara beregu boling dengan melakukan 3,548 jatuhan pin. Pingat emas dalam acara itu diraih oleh pasangan Australia, Cara Honeychurch/Maxim Nable yang melakukan 3,678 jatuhan pin. Dalam pada itu, acara menembak turut menyerlah dengan kejayaan pasangan negara, Mutalib Abdul Razak/Mohammed Emran Zakaria mengutip pingat perak dalam acara Air Rifle berpasukan lelaki di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (Lisram), Langkawi. Mutalib mengutip 584 mata, sementara Mohammed mengumpulkan 583 mata untuk menjadikan jumlah keseluruhan, 1,167 mata. Selain mereka, dalam acara Sport Pistol, turut menyaksikan kejayaan penembak negara, Bibiana Ng Pei Chin/Norsita Mahmud mengutip pingat gangsa apabila mengumpulkan 1,116 mata. Sementara bagi acara tinju yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, peninju negara, Rakib Ahmad bakal meraih gangsa sekiranya dia memenangi perlawanan seterusnya esok. Hari ini Rakib menumpaskan pencabar dari Australia, David Erle Wiltshire dengan kiraan 15-5 bagi kategori 51kg untuk mara ke suku akhir. Sekiranya Rakib mampu melakukan kejutan esok, dia bakal mencipta sejarah dalam acara tinju pada temasya Sukan Komanwel. Bagaimanapun rakan senagara, Thomas Benny Vivian tumpas kepada peninju Kanada, Marty O'Donnell dengan kiraan 11-6. Turut mara ke suku akhir ialah Adnan Yusoh yang menewaskan pencabar, Stewart Fraser dari Australia dalam kategori 54kg (bantam weight). Dalam acara skuasy, sandaran pingat dari acara perseorangan wanita gagal disempurnakan oleh Leong Siu Lynn. Dia tumpas kepada pemain Australia, 9-2, 9-2, 9-4 dalam pusingan kedua. Seorang lagi pemain negara, Nicol David tewas kepada pemain England, Linda Charman dari England, 9-6, 9-6, 9-0. Bagi acara Boling Padang, Malaysia
memberikan peningkatan cemerlang hari ini apabila
pasangan negara, Mohd. Aziz/Mohd Tazman menewaskan Martin
Seeto/Albert Barakeina dari Papua New Guinea, 18-16. Permainan yang baik dilakukan pasangan ini juga dijangka memberikan kejutan jika mereka dapat bertahan pada perlawanan seterusnya esok. Apapun, pasukan negara yang tewas dalam acara ragbi kepada New Zealand, 53-0 semalam, terus tumbang kepada Fiji, 63-5 pada perlawanan petang ini sebelum acara perasmian dengan sekadar menyaksikan satu try dilakukan oleh Sulaiman Yaakop. Dalam acara lumba basikal wanita, peserta tunggal negara, Noor Asrina Sulaiman, yang menyertai Sukan Komanwel pertama kalinya, ternyata gagal menyaingi kehebatan para peserta bertaraf dunia yang menguasai acara berkenaan. |