|
Pengenalan | Organisasi | Fungsi | Ahli | Forum | Soal selidik | Pelawat |
Kenangan | Fakta Emas | Album | Berita | KL98 | Link |
![]() |
Sukarelawan IT di Stadium Nasional akan mengadakan Family Gathering / Hari Keluarga dekat kolam KLCC pada hari ahad 25 Oktober 1998 antara jam 9.00 - 4.00 . Makanan stail potluck /bawa sendiri. Semua sukarelawan dijemput membawa keluarga masing-masing. Anak-anak boleh mandi di dalam tersebut. |
![]() |
Sukarelawan IT Stadium Nasional becadang mengadakan perkhemahan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak selewat-lewatnya awal tahun 1999. Mungkin November 1998. Makluman dari sukarelawan amat diperlukan sama ada setuju atau tidak. Antara aktivitinya ialah jungle tracking, flying fox, mencari harta karun, mob disaster dll .........jika mahu. Tidur dalam khemah . Bayaran mungkin ... |
![]() |
Satu mesyuarat telah diadakan di rumah En Kamal di Desa Serdang pada 10 Oktober 1998. Antara yang dibincangkan ialah aktiviti sukarelawan selepas CG98. Aktiviti yang dirancang ialah mengemaskini homepage ini, buku skrap , Family Gathering, Berkhemah di Sg Congkak dan melawat sukarelawan yang baru dapat baby . |
..
|
||
![]() Edisi ke-16, episod terpujiPENGERUSI Eksekutif Sukom Ninety Eight, Jen. (B) Tan Sri Hashim Mohd. Ali berkata, Malaysia berjaya memenuhi jangkaan dan janjinya untuk menganjurkan Sukan Komanwel terbaik dalam sejarah. ''Sukan Kuala Lumpur '98 sudah hampir berakhir dan saya gembira kami mampu memenuhi jangkaan dan menunaikan janji kami ... sukan terbaik dalam sejarah... dan kita semua melihatnya di Kuala Lumpur,'' katanya ketika berucap pada majlis penutup sukan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Hashim berkata kerajaan, rakyat Malaysia, beribu-ribu sukarelawan dan Sukom mempersembahkan ''Sukan Olimpik Komanwel'' bukan sahaja kepada Persekutuan Sukan Komanwel tetapi juga kepada dunia. Malaysia, yang menewaskan Adelaide sebagai tuan rumah, meletakkan sukan itu di satu tempat tinggi yang diakui oleh persekutuan-persekutuan sukan antarabangsa sebagai acara penting dalam sukan dunia. ''Semasa sukan ini, lebih banyak rekod diperbaharui berbanding sukan-sukan Komanwel sebelum ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para atlet terbabit,'' kata bekas Panglima Angkatan Tentera itu. Kira-kira 5,000 atlet dan pegawai dari 70 negara, yang terbesar dalam sejarah sukan itu, mengambil bahagian dalam temasya 10 hari itu. Buat kali pertama, acara-acara berpasukan Ð kriket, ragbi, bola jaring dan hoki dipertandingkan dan ia satu kejayaan besar, kata Hashim. Hashim juga mengucapkan selamat berjaya kepada Manchester, tuan rumah 2002, dan ternanti-nanti Sukan Komanwel pertama dalam alaf akan datang. Sementara itu, Kuala Lumpur '98 disifatkan sebagai ''sukan persahabatan yang sebenar'' dan akan sentiasa diingati kerana tahap pertandingan, semangat dan keakrabannya yang tinggi yang terbukti di kalangan atlet dan pegawai. Pengerusi Persekutuan Sukan Komanwel Michael Fennell berkata: ''Malaysia menjanjikan kepada kami Sukan Komanwel yang terbaik pernah diadakan dan ia telah mengotakan janjinya.'' Fennell berkata Sukan Komanwel ke-16 telah meninggalkan banyak ''warisan'' yang boleh dimanfaatkan oleh negara-negara Komanwel untuk kebaikan sukan dan masyarakat. ''Satu warisan untuk rakyat Malaysia dengan sesetengah kemudahan terbaik sukan yang terdapat di dunia berada di sini bagi memenuhi keperluan sukan dan generasi akan datang,'' katanya. Fennell berkata pengalaman Malaysia akan kekal bersemadi di sanubari setiap orang yang menyertai Sukan Komanwel di sini walaupun kini perhatian diberikan pula kepada tuan rumah berikutnya Ð Manchester City. Pengerusi CGF itu juga mengucapkan terima kasih kepada orang perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan yang bertanggungjawab di atas kejayaan Sukan Kuala Lumpur '98, terutamanya kerajaan Malaysia di atas sokongan dan komitmen tidak berbelah bahagi demi kejayaan sukan yang akan memanfaatkan generasi akan datang. ''Kerajaan Malaysia memberikan sokongan padu kepada temasya ini dan memastikan semua jabatan dan agensi kerajaan memberikan keutamaan kepada Sukan Komanwel,'' kata Fennell. Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Majlis Olimpik Malaysia di atas wawasan dan kesungguhannya mendapatkan hak penganjuran Sukan Komanwel dan kepada Sukom Ninety Eight Berhad di atas pertubuhan yang cemerlang. ''Para pegawai memastikan pertandingan-pertandingan dilaksanakan mengikut syarat dan peraturan persekutuan antarabangsa serta penuh keadilan kepada semua,'' katanya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan di atas sokongan mereka, kepada para atlet di atas penyertaan dan kecemerlangan mereka serta 70 negara Komanwel kerana mengambil bahagian dan menghasilkan kehadiran 100 peratus pada temasya sukan kedua terbesar itu. |
Anda pelawat yang ke...